Friday, December 23, 2011

I'm single and I love it :D

Heyya and assalamulaikum peeps !
Hulaa.
Selamat pagi eberibadi. *sambil genyeh genyeh mata dengan pijama,sejak bila aku ada pijama?*
Hari ini hari sabtu,mari kita merapu ala ala kerapu ! *suara annoying*
Hokay sila tampar saya sekarang.
Kawan kawan lagi beberapa hari lagi kita akan kembali ke..... ke mana rakan rakan? ke seko...lah ! yeay yeay ceronoknye kitew. *bunyi cengkerik*
Again sila tampar saya.
Memang rosak mood double triple bila ingat pasal sekolah.
Ye la dengan homework yang tak siap (kantoyo..) barang barang tak prepared etc etc.
Mana lah aku tak malas nak balik hostel yang terchenta habis tu?
Case closed la pasal sekolah. Karang tak pasal pasal aku hentak keyboard nie ha.
Hari tu kan kan kawan kita ada buat status nie :
First time try guna screen capture kat photoscape,hokay aku batak.
Anda single? Saya single. tsk tsk. kita tak ade pakwe. *muka sedih*
Memang dah kira macam adat la kan usia usia remaja macam kita kita nie bercinta atau bahasa pasar tani nya berkapel.
Tak payah nak pelik sangat bila kita pergi kat shopping complex ke,restoran ke,kita mesti punye la akan nampak satu atau dua atau lebih pasangan remaja yang tengah berdating.
Kira macam satu benda yang normal.
Apa apa pun sebenarnya rakan rakanku,kita mesti dah biasa sangat dengar tida istilah bercinta sebelum kahwin kan?
Hokay sebenarnya statement itu tersangat benar.
Cuma kita je yang mencari 1001 alasan nak menyalahkan statement tersebut.
Frankly speaking la kan,aku pun bukanlah tak pernah terjebak dalam kancah percintaan nie. *amboi ayat*
Pernah la jugak,dulu masa zaman zaman jahiliah,zaman baru nak up kata orang.
Nak kata bercinta tu tak la jugak,tapi memang mesra la macam orang bercinta cuma tak declare.
Tapi aku anggap semua tu macam pengalaman.
Tipu lah kalau aku cakap bercinta tu tak seronok. Memang seronok sebab kita rasa macam ada yang care dengan kita,bagi hadiah tiap kali birthday,wish gudnite tiap malam etc etc.
Tapi sebenarnya seronok tu tak lama,betul. Memang tak lama.
Dan aku rasa bersyukur sangat sebab Allah dah sedarkan aku yang bercinta sekarang memang tak bawak kemana.
Aku bersyukur gila sebab aku tak hanyut.
Guys,jangan ingat aku memang condemn habis orang yang bercinta sekarang tau?
Tak aku tak condemn atau nak membangkang.
Aku kalau bab bab hati perasaan nie aku open minded.
But not all the time. Aku tak suka bila dah kapel,main pegang pegang then clash. Pastu kapel,pegang pegang lagi clash.
Ingat ape? barang mainan?
Semua harap maklum kan pegang tangan bukan muhrim haram?
Aku pun bukanlah hebat sangat dalam hal agama. masih jahil jugak tapi at least i'm really concerned about things like that.
Kfine,kalau nak bercinta. boleh,asalkan jangan nak melanggar syariat agama. kalau tak tahan sangat kahwin.
Memang bunyinya agak sarkastik sikit,tapi yeah betul la kan?
Guys and girls semua,let me tell you yg sebenarnya bercinta lepas kahwin lagi seronok.
Betul oh tak tipu punya.
Memang la bukan semua dari kita boleh tahan rasa suka rasa sayang lama lama.
Tapi kalau kita pendam,itu dikira jihad jugak.
Allah dah janji,perempuan baik untuk lelaki yang baik.
So don't worry satu hari nanti korang bakal jumpa bakal imam korang.
Yang lelaki pulak korang akan jumpa bakal pelengkap rusuk kiri korang.
Itu janji Allah,janji yang memang tak perlu la korang nak ragukan.
Kalau korang single sekarang,just don't be too jealous sangat dengan mereka yang bercinta.
Memang la rasa cemburu tu hado,lagi lagi bila jumpe kapel yang ala-ala-so-sweet kan kan?
Tapi anggap je korang belum ditakdirkan untuk begitu.
Itu tandanya Allah sayang sangat dekat korang,Allah nak korang jumpa dengan yang betul betul layak.
Berkapel boleh,tapi biar niat untuk kahwin.
Hokay kawan kawan? :D
Post nie reminder untuk saya jugak,mana lah tahu satu hari nanti saya bercinta.
Tapi saya nak bercinta sampai kahwin,saya tahu anda pun nak itu kan?
Pray for the best,InsyaAllah,you will deserves it.
That's all kawan kawan.
I'm done.
Happy days ! :)

notakaki:tengah berangan nak jadi macam kak DenaBahrin. Her love story buat aku angan 3 hari 3 malam. :D

No comments:

Post a Comment

Cinta Hati

Cinta Hati