Monday, December 26, 2011

Nak berubah bukan sesuatu kerja yang mudah tapi ianya tak mustahil :)

Abaikan muka gua yang huduh itu. -,-
Heyya and assalamulaikum peeps.
Hulaa.
*counting days before school* freak out bebeh! lagi 1234 hari nak balik. 
Am I excited? No,you? Yes?!! *tembak kau*
Nak bukak sekolah dah. Oh tidak oh tidak oh tidak. Cakaplah lagi sebulan nak sekolah. Kementerian tambahlah cuti,kami tak puas la. puh-lease ? *muka berharap*
Memang tak mungkin pun. Ex-SPMers kami jeles dengan anda sekian.
Takpe takpe satu tahun lagi yeah satu tahun lagi.
Hokay,untuk mengelakkan gua membebel mengarut mengomel etc etc dengan lebih panjang dan kompleks,apa kata kita memulakan bicara kita untuk hari ini? *skema*
Siapa dah tengok video untuk prtndingan OSEM APG?
Belum? tak tau tu ape? okey okey tenang semua. prtndingan video tu ekceli anjuran satu blog nie. nie link dia: angelwearsgucci.blogspot.com
Belog dia memang awesome sangat. Even baru first time gua baca,memang rasa nak baca lagi.
Sebenarnya dah lama gua dengar pasal prtndingan vid2 tu,tapi baru hari nie rasa tergerak hati lepas baca tweet Wardina pasal video tu. Oh ya,dia salah sorg juri utk prtndingan tu.
Gua pun pergi la youtube,cari cari cari, jumpa.
Mula sekali aku tengok Babai Jahiliyyah. Aku macam tak faham mula mula tapi dah lama sikit tu faham la jugak. Dia cerita macam mana kawan dia tolong dia berubah. Kot la macam tu. Nak lagi faham korang kena tengok sendiri la.
Then gua rasa tertarik menarik tengok lagi yang lain, tajuknya Best Friend Till Jannah.
Yang nie best sebab dia dalam kartun,comel je. 
Tapi most of all yang paling best dan gua harap menang adalah bulatan gembira di bumi sonata.
Sumpah wey best gila ! wajib tengok.
Dia cerita pasal suasana usrah dekat Jepun. Bulatan gembira tu maksudnya halaqah usrah yang dia hadiri.
Yang buat video bulatan ni perempuan. Memang sweet sangat. Ya Allah rasa macam gua pulak yang ada dekat situ. *berangan 2 3 minit*
Tiba tiba bila tengok semua vid tu,gua rasa malu dengan diri gua.
Malu sangat,teramat sangat. Tak tau la nak describe cane.
Ye lah,gua budak sekolah agama,pakai tudung labuh tapi?
Sosial,pemalas,ambik ringan pasal pergaulan,aurat pun tak tutup betul betul,tak pandai nasihat orang,bla bla bla.
Sedangkan semua vid yang ditayangkan tu,orang orang kat dalamnya semua yang stok stok terpelihara.
Gua malu babe,malu sangat. *dah berapa kali malu tu?*
Entah la,memang gua tak nafikan bukan senang nak jadi baik,alim gitu.
It really takes time,courage and a very hard work.
Sebab nak berubah bukannya senang macam makan kacang goreng cap ngan yin.
Nak jadi baik bukan senang macam hafal lagu sekolah.
Nak jadi the real muslimah ever after bukan mudah macam main game Barbie. *eh?* -,-
Seriously,lagi lagi bila dah pernah buat jenayah,jahat,evil inside out bla bla bla.
Tapi susah macam mana pun,gua nak tegaskan ianya takkan pernah mustahil.
Kita pernah dengar kan kawan kawan kita atau diri kita sendiri cakap,"Mustahil lah aku nak berubah macam dia,alim baik gitu,'' ''aku tak boleh byg doh pakai tudung labuh kat luar all the time,impossible la,''
Pernah kan ? jangan risau,gua pun pernah gak cakap macam tu.
Gua pun selalu rasa mustahil je nak berubah macam tu.
Tapi bila gua tengok video2 tu,gua rasa macam berubah tu tak mustahil.
Cuma ianya memerlukan hati yang kuat dan tabah.
Kadang kadang gua rasa takut jugak tentang pandangan orang kalau gua nak berubah macam tu.
Ye lah,mesti akan ada yang pandang serong,cakap itu ini,perli merli.

Tapi buat apa kita nak malu kalau kita berubah untuk jadi lebih baik kan?
Sepatutnya kita kena lagi malu bila kita buat jahat. 
Gua rasa bersyukur sangat sebab gua ada kawan kawan gua yang awesome yang sentiasa mendorong gua untuk berubah.
Gua ada Hanim yang selalu bagi kata kata semangat bila gua down.
Gua ada Nab yang selalu jadi inspiration gua. *tetiba*
Gua ada semua orang yang tak pernah putus putus beri semangat dekat gua.
Yang paling penting sekali,saya ada Allah yang sentiasa ada hari hari dengan saya. :')
Gua pernah jadi jahil,gua pernah buat jahat,gua pernah kutuk orang,gua pernah buat itu ini tapi itu takkan dapat menghalang gua untuk berubah.
Korang pun boleh jugak okey?
Tak kisah la apa pandangan orang dekat kita,yang penting berubahlah kerana Allah.
InsyaAllah,korang boleh! put your faith on it.
Mungkin susah untuk berubah jadi baik 100%,tapi kalau effort,doa,usaha dan tawakkal korang 102%,takkan mustahil.
Berubah itu jihad,ingat tu. *reminderformyself*
Gua tahu entry gua macam tak berapa nak best atau menarik atau banyak info,tapi ini hanya satu perkongsian.
Maaf untuk penggunaan bahasa gua,ini hanya saja saja. Mungkin agak kasar,tapi maaf :)
Last again,thanks my friend,thanks family,greatfully thanks to Allah for realising me to change for a better person,insyaAllah :'D
Sorry for all this time okay ?
I'm done.
Happy days and assalamualaikum.



notakaki:aku mungkin nampak sosial dekat fb or twitter,tapi realiti? sangat tak sama. -,-

No comments:

Post a Comment

Cinta Hati

Cinta Hati